Sunday, May 20, 2012

Perkahwinan J&D



What a lovely wedding, oh!

Semalam tammatlah majlis kahwin sepupu saya. Seperti kakaknya beberapa tahun yang lalu, empat majlis semuanya, 3 di JB dan 1 di Sungai Mati telah diadakan dengan cukup meriah sekali. Terima kasih kepada pakngah sekeluarga kerana telah menjemput kami dan memberi makan yang enak-enak.

Sepupu saya kahwin dengan kawan semasa dia belajar di Australia. Perempuan ini orang dari Manila. And she is lovely. Pretty and smart. And like-able. After a second you talk to her, you already love her.

Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud;

"Hai manusia, sesungguhnya Kami telah mencipta kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali.Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

"O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted."

Tahniah to J&D. May Allah bless your marriage.

Sekian.

Tuesday, May 01, 2012

Tentang Kinneret

Saya berkesempatan mendengar kuliah agi di radio IKIM beberapa hari yang lalu. Ustaz tersebut menghuraikan tentang hadis panjang ini;


“Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.”

Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?”

Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Ad-Dari adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal."

"Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya."

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?”

Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?”

Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu."

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya.

Mereka bertanya: “Siapakah anda?”

Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini."

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.”

Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” (nama tempat di negeri Syam).

Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?”

Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.”

Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?”

Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.”

Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?”

Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.”

Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?”

Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.


Ustaz ini juga cakap, dia dapat tahu dari kawan dia yang belajar di kawasan timur tengah sana, bahawa air sungai yang diceriakan di atas ini sekarang sudah tinggal kira-kira 10%. Wallahualam.

Pada hari ini, hari cuti, saya berkesempatan malayari internet dan membaca beberapa laman sesawang. Benar, sungai atau tasik tersebut yang dikenali dengan nama Tasik Galilee atau Kinneret itu sudah surut. Kerajaan I*srael sendiri telah mencatatkannya setiap hari dan meminta rakyat mereka berjimat-cermat, sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu.

Lepas baca banyak laman, apa yang saya dapati, mereka kira-kira, ada 50 tahun lagi untuk air tasik itu surut, bersamaan dengan masa untuk Nabi Isa a.s turun ke bumi.

Sebelum Nabi Isa a.s turun, akan hadir Imam Mahdi dan Dajjal dahulu.

Maka, ada yang sudah berkira-kira, bahawa Imam Mahdi ini telah dilahirkan dan saat ini sedang dibesarkan.

Itu yang saya perolehi hari ini, di hari cuti Hari Pekerja, di samping beberapa episod drama. Sekian. 

Sunday, April 29, 2012

Bersih 3.0

Jom tulis pasal hal ini, yang berlaku pasal semalam. I love yellow colour. Melihat lautan orang memakai warna kuning nampak sangat cantik dan meriah. Saya hampir pergi sebab terpikat dengan papan tanda dan banner yang terpacak teguh di sekitar Bangi. There were so many small tiang kayu, terpacak, memberi direction ke PLUS highway, which is meant to be direction ke Dataran Merdeka. Haha, bongok.

Dikhabarkan 75 ribu rakyat Malaysia menyertainya.

I am not aware of this event sampailah saya nampak satu status kat FB yang memberitahu perasmian pesta buku ditunda dari hari sabtu ke hari ahad, sebab ada Bersih 3.0 event ni. 

Gigih?
Tapi, sampai sekarang pun tak tahu apa yang mereka nak perjuangkan kali ni. Dulu versi 2.0 nak marah SPRM, kan? Kali ni nampak macam suka-suka jer nak gather-gather ramai-ramai. Semalam, tengok berita pun, masa ketua-ketua mereka ni sampai, they all gelak-gelak jer, sarung t-shirt kuning tu. Macam sukalah sebab ramai orang datang. Konon-konon berjaya mempengruhi orang ramai.

Dan, hari ni melihat hasil kejadian. Teruk betul semalam. Tengok gambar pun teruk, tengok video apatah lagi. Semalam, saya kerja, gigih sampai petang. Banyak kerja nak siapkan. Semua orang kat opis tu macam pelik orang2 yang pergi sana. Apakah mereka benar2 takde kerja, mohlah tolong kami buat kerja sini.

Baca juga di laman sosial, both party. Semua rakan-rakan yang mencintai kedamaian, memang sudah menyampah dengan demonstrasi ini. Buat huru-hara dan kacau bilau. Tapi, bagi pihak yang merancang, mereka sedang gigih untuk membebaskan kawan-kawan mereka di tahanan sementara PULAPOL. Dilaporkan 333 orang kena tahan.

Personally, saya memang tak suka rusuhan macam ni. Menyusahkan ramai orang. Dahlah buat di tempat tumpuan awam. Saya pernah lalu di Jalan Tun Razak, masa tu tak tahu pun ada orang berdemo untuk Israel. Terrible tau. Teruk sangat rasa. Pusing-pusing here and there. Kacau mood betul. Saya nak pergi HKL masa tu. Pusing-pusing satu jam jalan tu. Bongok betul.

Saya nak tulis yang mereka ini semua hanyalah mengikut nafsu. Kalau semua orang ingat dan mengagungkan Tuhan, takde kejadian macam semalam. Ini semua lagha dan duniawi. Lebih-lebih lagi yang terbalikkan kereta tu. Kalau 3.0 dah buat macam ni, tak mustahil versi akan datang mereka akan tumbangkan kenderaan FRU pulak.

BONGOKS
Kalau 75 ribu orang ni semua derma darah, sangat pasti mereka akan membantu ramai orang. Sila buat banyak lagi event yang membantu orang. Jangan sesekali membuat event yang menyusahkan orang sebegini. Naseb baik saya dah tak duduk kat Kampung Baru. Kalau tidak, musti nak berak pun tak tenang dengan bunyi helikopter berlegar di tingkap tandas rumah.

Kalau Malaysia huru-hara dalam beberapa tahun akan datang, mereka yang patut dipersalahkan. Seriously. Kalau ditakdirkan mereka akan memerintah satu hari nanti, they cannot blame rakyat masa tu, kalau rakyat sepak terajang kereta mereka, if rakyat tak dapat apa yang diorang mahu. Sebab mereka yang ajar rakyat to be one. Semua yang nafsu kita mahu, mesti dapat. 

Tetiba-tiba terfikir, salah satu cara unuk punish 333 yang kena tahan tu, suruh jer mereka derma darah. Or even paksa mereka sign untuk derma organ. Can it be salah satu servis komuniti? 

All images adalah hasil carian google. Sekian. Salam Ahad, hari untuk gossip *switch on Melodi*

Wednesday, April 25, 2012

SD & AI

Baru habis nonton Showdown 2012. Next week sudah life show.

Saya tahu nonton SD dan AI (American Idol) adalah lagha. Ya, tahu.

But, what I like to see in both show adalah the spirit. Semangat waja.

Ewah.

Nak-nak episode awal-awal masa audition. Semuanya bersemangat berapi marak. I always get goose bump bila tengok audition. Haha.

Tapi, bila dah berjaya pusingan pertama, sudah kurang sikit sebenarnya. Alasan cliche adalah penat.

Meltdown dan Hollywood week adalah sangat intense. This year punya AI ramai yang pengsan. Gedebuk2 jatuh.

Tengok 1st group yang kena buang masa meltdown, setelah menari seperti melepaskan batuk di tangga. Semua orang penat. Tapi, hanya satu kumpulan ini sahaja yang meletak alasan lebih banyak dari kemahuan.

Semangat waja dalam 2 show ini saya tak nampak dalam show lain.

Selamat berjaya dalam bidang yang anda ceburi.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, April 24, 2012

Kubur Wangi

Umur semakin meningkat, maka semakin banyak kali ke kubur. Daripada sangat takut sehingga takut sikit-sikit. Tidak pernah melihat kubur digali. Tapi, sudah banyak kali lihat mayat diturunkan, dikambus dan mendengar talkin.

Dalam 6 bulan yang lepas, 3 kali saya ke kubur melihat pengebumian jenazah. Saya kira paling banyak dalam tempoh itu. Kali terakhir hari Ahad yang lalu.

Saya juga selalu dengar cerita tentang orang mati. Ada juga cerita yang saya tengok dalam tv. Kadang-kala dalam tv itu nampal macam tak logik. Mastika, saya pasti penuh dengan cerita orang mati juga. Dah lama tak baca, kali terakhir mungkin 10 tahun yang lalu.

Dan, pada hari ahad yang lalu, saya mengalami peristiwa yang sungguh menginsafkan. Mak mertua kepada makcik saya meninggal dunia. Arwah juga adalah jiran kami, tinggal berdekatan dengan rumah kami di kampung itu. Arwah juga satu kariah masjid dengan kami semua.

Saya ikut jenazah sampai dibawa ke tanah perkuburan. Selesa dikambus tanah, pak imam bersedia membaca talkin. Sayu dan insaf mendengarnya.

Semerbak bau wangi. Saya menghidu lagi. Wanginya. Saya cium baju saya, tak wangi. Saya tanya adek saya di sebelah, "Bau tak?". "Bau" jawab adek tersenyum.

Selepas talkin, dibaca tahlil ringkas. Saya berjalan ke arah belakang sedikit, masih tidak mahu percaya. "Mungkin pakcik belakang ini yang wangi". Setelah ke belakang masih bau wangi.

Pulang ke rumah, kami berjalan kaki. Saya tanya ayah saya. "Haah, bau" jawab ayah.

Sampai di rumah, hampir maghrib. Saya mandi. Dan hujan renyai-renyai pun turun.

Kubur wangi, dan hujan renyai. Couldn't ask for more.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, April 20, 2012

Menyebut Nama Tuhan

Menjadi seorang Muslim(ah) sejak dilahirkan dan berada di kalangan komuniti Muslim, telah menjadi tabiat dan ikutan kepada saya untuk menyebut nama Tuhan.


"Ya Allah Ya Tuhanku. Apa nak jadi dengan budak ini?!"


"Astagfirullahalazim. Apa kena dengan kamu ni? Kenapa kamu buat macam tu?"


Juga "MasyaAllah" dan "Allahuakbar". Selalu sebut. Selalu dengar. Dan, bagi saya, lebih banyak dengar jika terkejut akan sesuatu yang berlaku.


Sudah 2 tahun berada dalam komuniti half-non-muslim. Tapi, saya tetap sebut juga. "Ya Allah" dalam kebanyakan masa.


Lama-lama, LCY pun ikut bila saya sebut. Tepuk dahi saya.


Satu hari, ada ramai orang sedang buat kerja. Saya, LCY, PT, LT dan kak Aida ada di area yang sama. Saya tidak ingat apa yang berlaku sehingga saya cakap "Ya Allah". LCY pun sebut frasa sama. 


LCY tiba-tiba bercerita, kalau M akan sebut "O Rama", as she referred to Indian Dewa, saya pula akan sebut "Ya Allah". "PT dan LT akan sebut "OMG Jesus", kata LCY.


Tapi, kena marah dengan LT. LT cakap, kita tak boleh sebut nama Tuhan untuk perkara yang sia-sia. 


Erk.


LT berkata lagi, "Kan ada kan? Mosses Testament. Betul kan, Patrick?" "Yaaaaa" jawab PT 


Saya terus-terusan diam. Tak tahu nak react macam mana. 


Terus tweet nak kawan dengan orang yang belajar perbandingan agama. Even more, terus meluap-luap nak belajar sendiri bidang tu.


Benci tau, perasaan bila kita macam tak tahu ilmu agama yang kita anuti ini. Takdelah tak tahu lansung. Tapi, saat-saat begini buat macam...  urgh.


LT and PT adalah penganut Kristian yang sangat rapat dengan gereja. Walaupun mereka berlainan gereja, tapi mereka sering terlibat dalam aktiviti sukarelawan gereja masing-masing.


Ya, saya jawab, "Takde, tak pernah dengar" kepada soalan LT itu.


Salam Jumaat semua. 







Tuesday, April 17, 2012

PTPTN

Kecoh betul pasal ptptn, sampai berdemo sana sini. Dah takde buku nak baca ker sampai sempat berhuru-hara sana sini?

Who doesn't want free education? Semua orang nak. Tanyalah orang yang dapat biasiswa, seronok jugaklah tak payah fikir macam mana nak bayar duit pinjaman pelajaran.

Masa borak dengan mak tadi, mak tanya negara mana yang free uni fees? Ya, ada walaupun tak banyak. Saya tahu masa dengar ucapan Najib kat Batu Pahat tu. Dia cakap, antaranya Norway. Tapi cukai sangat tinggi. Saya lantas googled lagi dan menemui beberapa negara lain.

Boleh nak free uni education. Tapi, biarlah kaya dulu negara ni. Macam Singapore itu, pendapatan negara ada lebih, jadi setiap kelurga dapat $1000. Negara kita ni, belum lebih lagi, tapi gigih nak bagi RM500. Lepas tu cananglah 400 hari 400 malam kat tv suratkhabar segala. Tak pernah ker dengar; "Kalau tangan kanan memberi, biarlah tangan kiri tak tahu apa-apa".

Dan, perlulah rajin. Sekarang, pinjaman pun, tapi masih berfoya-foya dengan duit pinjaman. Kalu free, macam mana?

Saya pernah dengar penerangan daripada Pengerusi PTPTN waktu itu, Datuk Husni Hanadzlah. Dia cakap, orang kita yang berapi-api memperjuangkan pengecualian bayaran balik pinjaman bagi graduan kelas pertama. Tapi, yang dapat banyak pengecualian bukan orang kita. Perkara ini gagal memberikan motivasi kepada kaum kita untuk dapat ijazah kelas pertama.

Pada saya, sistem pemberian biasiswa kepada pelajar harus dikaji semula. Janganlah banyak sangat beri kepada orang yang terlebih mampu. Saya baru baca buku biografi Tun M. Masa dia study, dapat biasiswa. Duit makan dapat $25. Bila dapat tahu ayah dia kirim $10 setiap bulan, biasiswa dia berkurang jadi $15. Hoh. Kalau adek saya dah mengamuk sakan dah.

Kat tempat kerja saya tak kecoh pun hal ni. Sebab takde orang yang ada sangkut paut pun dengan ptptn. Sama ada mereka anak orang kaya, penerima biasiswa atau graduan ijazah pertama. Ya, yang terakhir itu yang paling banyak.

Sekian.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, April 13, 2012

Takut

Pada hari Rabu yang lalu, boss suruh datang ofis. Tapi, bukan untuk bekerja, buat aktiviti untuk mengeratkan silaturahim. Ehem.

Hari bermula dengan hujan renyai. Kemudian, buat senamrobik. Ada treasure hunt. Lepas tu, ada aktiviti berkumpulan kecil. Kemudian, buat aktiviti kumpulan besar.

Kami seramai 30 orang duduk dalam bulatan besar. Ada soalam yang ditanyakan kepada kami. Antara soalannya ialah, "Apa yang anda paling takut?".

Ada yang jawab takut tinggi. Ramai yang jawab takut lipas. Tikus juga. Saya jawab takut orang jahat. SLF jawab takut bad news.

Bos kecil menjawab dengan panjang lebar. " Ada 4 perkara. Pertama, sebelum umur 10 tahun, saya takut public speaking. I couldn't finish a story in a story-telling contest. Kedua, sebelum umur 20. Saya takut nak baca ikrar di depan. Saya lebih rela menaikkan bendera." Kemudian, saya lupa apa yang bos takut masa dia umur before 30 dan before 40. Tapi, kemudian dia cakap, "Lepas 20, saya dah tak takut public speaking. What doesn't kill u, will make u stronger".

Kemudian, ada budak (Muslim) jawab, "Saya takut Tuhan." Tetapi, Dr.W terus menyampuk, "Mana boleh takut. Tuhan must be respected. Tuhan perlu dihormati" dengan gelak kecil.

Ya, saya tahu ada juga Muslim(ah) yang tidak takut Tuhan. Atau buat-buat tak takut.

Sekian, salam Jumaat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, February 25, 2012

Kanser Ovari

Minggu lepas, giliran saya bekerja pada hari sabtu. Saya perlu menganalisis 3 kes saringan kanser ovari yang menggunakan tumor marker CA125 dan HE4.

Dua kes menunjukkan risiko rendah. Tetapi satu kes menunjukkan risiko tinggi Tapi, lain benar kes ini. Risiko yang dikira menunjukkan pesakit ini 100% akan mendapat kanser ovari. Ya, seratus peratus. I even asked myself, can we report it as 100% in screening test? Ia adalah sama seperti mengatakan bahawa peluang untuk pesakit ini tidak mendapat kanser adalah 0%. Ya, kosong. Oh no!

Finally, we reported the risk as 99%, after a small discussion with the doctor.

Kanser memang penyakit yang menakutkan. Dan kanser ovari adalah semakin meningkat di wanita di Malaysia. Walaupun sering berlaku kepada wanita berumur 50-59 tahun, ia juga boleh berlaku kepada wanita-wanita muda yang masih dalam peringkat produktif. 

As you people know, cancer research is everywhere, u named it. Pada zaman sekarang, kajian dalam bidang pharmacogenomics giat dijalanakan. Kajian ini tertumpu kepada tumor marker dan reaksi kepada rawatan kimoterapi yang perlu dijalankan. Lain orang lain reaksinya.

CA125 dan HE4 adalah antara penanda tumor (tumor markers) bagi kanser ovari. Penanda ini bagi membantu para doktor bagi mengesan kanser ovari pada peringkat awal. Setiap wanita boleh menjalani ujian saringan ini. Doktor biasanya akan mengeyorkan ujian ini dilakukan kepada wanita yang mempunyai pelvic mass termasuk ovarian cyst.

Perlu diingatkan bahawa ujian ini adalah ujian saringan. Mendapat keputusan berisiko rendah tidak semestinya anda tidak akan mendapat kanser. Mendapat keputusan berisiko tinggi tidak bermakna anda semestinya akan mendapat penyakit ini. Ujian saringan ini hanyalah untuk membantu para doktor dalam pengesanan awal. 

Kepada para doktor atau sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang ujian saringan ini, do email me at timdina199@gmail.com atau terus ke talian hotline 0196002700.

Sekian. 

Friday, January 27, 2012

Tahun-Tahun Baru

Dalam masa kurang dua bulan ini, kita telah menyambut 3 kali tahun baru. Bermula dengan tahun baru Hijrah, kemudian tahun baru Masihi, terakhir ialah tahun baru Cina. Menjadi rakyat Malaysia, semuanya kita raikan dalam kepelbagaian bangsa.

Menyambut tahun baru, tidak boleh lari daripada membuat azam baru. Kalau menyambut tahun Hijrah, maka kita selalu war-warkan supaya berhijrah. Berhijrah dari perkara buruk kepada yang baik, mencontohi Rasulullah s.a.w. Sambutan di sini biasanya ada perarakan. Ada Tokoh Maal Hijrah. Dan ada lagu-lagu nasyid. Owh, cuti juga.

Kalau menyambut tahun baru Masihi, perkataan azam. Atau resolusi. Azam tahun baru. Apa yang kita mahu kecapi untuk tahun ini. Dan malam tahun baru boleh engok bunga api. Biasanya ada konsert tengah malam. Tapi, tahun ini ada yang buat ceramah dan solat hajat di stadium. Tahniah kerajaan Selangor. Ada juga negeri yang tak cuti i.e Johor.

Kalau tahun baru Cina pula, kena tengok Feng Shui dulu. Macam tahun ni tahun naga, ada artikel dalam suratkhabar tulis, rakyat China terdesak untuk dapat anak dalam tahun naga ini. Tahun baru Cina pula ada banyak makanan, sinonim Eidulfitri bagi kita umat Islam. Awal-awal sudah sampai limau Mandarin. Bukan sebiji seorang,tapi berkotak-kotak. Kemudian, ramai-ramai pulang ke rumah untuk makan besar pada malam tahun baru. Cuti adalah dua hari kecuali untuk Kelantan dan Terengganu. Mercun adalah paling meriah. Dua-tiga hari pun tak habis. Owh, ada tarian naga juga. Dan, angpow merah. Terima kasih kepada bos-bos saya yang isi duit merah juga. :)

Tapi, kita juga harus ingat, kita boleh sentiasa ada azam baru untuk hari esok. Tidak semestinya berhijrah pada awal-awal tahun sahaja. Perkara yang baik atau lebih baik boleh sentiasa dilakukan dari sehari ke sehari, tidak kira awal tahun tengah tahun atau akhir tahun.. Bukankah orang yang lebih baik dari hari semalam ialah orang yang cemerlang dan berjaya? Ya, orang yang lebih buruk dari hari semalam adalah orang yang gagal. Tapi, gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya.

Saya menutup sambutan tahun baru dengan berkumpul bersama keluarga di Hari Keluarga DKZ yang telah diadakan di Port Dickson pada cuti tahun baru Cina yang lalu. Semoga ukhwah yang terjalin semakin erat. Bertemu kerana Allah, berpisah kerana Allah. Semoga kita tergolong dalam kelompok itu. InsyaAllah.

Ya, gambar ini senget, sebab jurufoto suruh senget ke kanan. 

Sekian. Selamat Tahun -tahun Baru. Semoga selamat semuanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...